Komarba

KOMARBA | Koperasi Persatuan Penternak Arnab Malaysia

Latar Belakang Syarikat

Koperasi Persatuan Penternak Arnab Malaysia

KOMARBA

Koperasi Persatuan Penternak Arnab Malaysia Berhad (KOMARBA) ditubuhkan pada tahun 2021 bertujuan untuk menjadi platform mengembangkan penternakan arnab skala industri di Malaysia. KOMARBA komited untuk memastikan koperasi ini menjadi tunjang kepada penternakan arnab yang lestari di iklim tropika seterusnya membantu penternak mencapai target pendapatan mereka.

Matlamat

KOMARBA

Membina ekosistem rantaian bekalan daging arnab berimpak tinggi dengan adaptasi teknologi moden dan terkini.

Pusat Pembiak-bakaan Berteknologi Tinggi

Menyediakan baka yang berkualiti untuk produksi yang lebih efisien dan menguntungkan penternak

Platform Penternakan Berpusat

Membenarkan projek penternak dipantau dan dikembangkan dengan cepat

Inkubator

Memberi ruang untuk penternak serta industri ternakan arnab terus berkembang walaupun di luar ekosistem koperasi

Pusat Pemprosesan Moden

Pemprosesan dan pembangunan produk Halalan & Toyyiban berasaskan daging arnab menjamin mutu dan daya saing produk di pasaran tempatan dan antarabangsa

MISI

Menyediakan ekosistem penternakan arnab yang bersepadu bagi memastikan industri ini berkembang dan matang demi keselamatan bekalan makanan negara.

VISI

Menjadi sebuah Koperasi yang mampan, efisien dan berdaya saing dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan pelanggan mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Carta ALK Syarikat

Koperasi Persatuan Penternak Arnab Malaysia